Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Adhoc...keja..misc...

Sunday, June 6

Kesian blog ni..lama tuan dia buat endah je huhu..it has been a very bz and hectic weekdays and weekends for me..kije tu tak payah cerita lah..memang takkan habis2 punya n agak pening dan stress mikirkan bila nk siap..5 hari keja pun tak cukup nak siapkan..tapi idak le rajin nak wat keja time weekend..weekend adalah untuk rest...

Ramai yang ada kat rumah skang ni..adik ipar yang berpantang dan hubby n baby..mama..kakda pun ada malam ni ng wani..tak lupa dua orang anak buah saya yang datang cuti2 kat sini sempena cuti semester..bapak mentuaku baru balik pagi tadi..

Untuk tidak menghampakan anak2 buah yang datang nak berjalan kat sini, bawak la jugak dorang berjalan2 mana2 tempat yang senang nk gi..tak dapat nk temankan dorang sangat(walopun dorang sebenarnya suka..jangan haraplah) sebab keja kan..dorang pun paham maksu dorang ni lotihhh..banyak kije hehe so dorang takde la mengharap sangat..nasib baik pandai berdikari..esok dorang gi jalan lagi..antar kat komuter then dorang pandai2 la redah sdiri nk gi mana..tak larat nk teman semua..bagus tak bergantung kat orang..

sabtu..bawak gi alamanda je..malas nk gi jauh2 lagipun nanti dorang nk jalan sendiri..dorang nak main bowling..layannn..


nuqman tak abis2 kepit ng cheah..nk gak dia main bowling..sampai sangat bertuah agak melawan ummi dia sebab cheah suka backup dia kan..nk kena betoi..



nabila tak penah sampai area masjid..bawak je la dah dekat dah pun..dh lama tak mai ada plak nk buat renovation kat situ ek..takleh nk kuch kuch hota hai atas rumput kat tengah bulatan tu la..

gambo JPM pn ok kan hehhe


perasan muda jap..masa amik gambo2 ng budak2 ni ada beberapa budak tiga suku memandang kami..tak penah tgk org ke?

pose lagi..lelain suma gmbar dorang..mak malas amik gmbr..

arini gi makan kenduri kat cheras plak..kenduri kawen member opis buat kat dewan skolah agama batu 10..angkut sekali budak2 ni

nuqman yang manjang ng cheah..lepas kenduri saja2 la gi jalan bagan lalang..tak penah sampai..bole tahan jauh..tappi takde la tunggu sampai malam..penatlah..amik2 angin kejap je..
budak2 ni la nk gi bagan lalang..makan cendol je pastu balik..haha..


Hai..esok dah keja balik..malasnya nak pikir pasal keja..takde masa nak rehat2 lama lagi ni..Jummat ni balik kampung yay!!ada kenduri kawen sepupu sama..tak sabar sangat menanti ni huhuhu..saya nak balekk kampungggggg yahuuuuuu!!!

Peniaga sekerap maut ditembak dari jarak dekat

Wednesday, June 2

Peniaga sekerap maut ditembak dari jarak dekat
02/06/2010 12:51pm

Oleh OPAT RATTANACHOT / SAFINA RAMLIuspetani@utusan.com.my

SIK 2 Jun - Seorang pembeli getah sekerap maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di Kampung Batu 8, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Kia Chuan Joo, dari Taman Gunung Pulai, Tandop, Alor Setar yang terkena tembakan pada bahagian muka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 33 tahun itu bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari Baling untuk pulang ke rumah mereka di Alor Setar.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, mereka dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki untuk membincangkan urusan jual beli getah di Sik.

Katanya, Chuan Joo yang memandu kereta jenis Toyota Corolla bersama rakannya berusia sekitar 40-an kemudian diminta berjumpa lelaki terbabit di tepi jalan dekat Kampung Batu 8.

"Sebaik saja memberhentikan kenderaan, mangsa didatangi seorang lelaki yang memandu kereta berwarna hitam.

"Lelaki tersebut terus melepaskan beberapa das tembakan sehingga mengenai muka mangsa,'' katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini. - Utusan


tau pasal benda ni thru FB orang kampungku..SIK..dalam FB tulis dekat simpang hospital..memang betul2 depan jalan nak masuk umah saya lah..terus la call mak tanya..mak kata bila abang call ada org kena tembak kat tepi jalan..terus la pakat beramai2 kunci pintu dok diam2 dalam umah..takut la kan hoho...orang bawak pistol sesapa pun memang bole je dia nak tembak..mak kata sebab dalam keta tu ada duit kot tak salah..ada 90k kot duit tu..tatau la duit getah tu ke or duit ape kan..haih macam2 la orang skang ni nk duit mudah..nasib baik orang kampung takde jadi apa2 huhu..

Buat baik dibalas baik..

Tuesday, June 1

Betul la cakap orang tua-tua kan..buat baik dibalas baik..ada je benda baik yang anda lakukan,maka baik juga la balasan yang anda terima...walaupun kadangkala mengambil masa..Semoga perkara yang baik-baik ni akan sentiasa berterusan bersama dengan saya dan semoga saya tidak menyakiti hati sesiapa yang membuatkan perkara tak baik berlaku pada saya pulak nanti...aminnnnn

Sejarah pun boleh failed??

Sunday, May 30

Malam ni..tetiba baca blog JJ and Najwa dok bercerita pasal subjek Add Math..nak tergelak betul la ingat balik zaman belajar dulu..ntah apa la kitorang bengap sangat dengan Add math time tu..agaknya sebab hasutan senior2 cakap Add math subjek yang susah,maka susahla jadinya..mak pun turut sama pernah dapat markah belas2 je untuk subjek add math ni..Math moden takde masalah..Add Math jek..nasib baik la SPM tak kantoi..memang best la reka2 formula add math ni kah kah kah..peliknya bila dah besar ni ok plak bole jawab bila anak buah mintak tolong buatkan..wah rasa bangga bila selak tengok jopan sama ngan buku kat belakang!!hahah..

Saya tanak citer pasal Add Math..saya nak citer pasal subjek Sejarah..masa mula2 masuk sekolah syed putra tu,antara yang hantar saya is kakak saya la..masa gi daftar tu,saya dapat kelas 1S1, guru kelasnya adalah seorang lelaki..nampak gayanya dia macam terlebih mesra ng kakak saya..oklah nevermind biar saja la orang tua2 time tu kan..

Bila masuk kelas..baru tau cikgu kelas saya ni mengajar subjek Sejarah..sangat bagus ngajar subjek Sejarah, tapi yang tak best dia ada la selit2 cerita pasal suruh kirim salam pada kakak saya..alamakk..time tu dia masih bujang la..so do my sister..sekali ok lagi..bila banyak2 kali..alamakkkk saya dah jadi malas belajar sejarah..huhuhuhu...so bila kelas dia je saya macam blajo tanak masuk dalam kepala..JJ kawan sebelah tempat is scorer utk subjek ni..saya pulak antara yang corot..camno tu???hahahaha..JJ aku memang ingat la insiden hang patah gigi dek penangan kayu hoki yang aku kena jawab segala soklan kalo soklan tu tanya kat hang..hazabbb okkkkk!!!!dah la subjek sejarah aku tak minat,dok kena jawab soklan bagi pihak pulakkkkk!!!huhu aku takleh lupa la..bukan sejarah saja semua subjek ok kena jadi bagi pihak ni..waaaaaa...tiap kali kena jawab bagi pihak tu ase nk cubit2 ja JJ huhuhuhu..

Penah la dapat markah paling rendah untuk perempuan dalam kelas..untuk subjek tu..kena la rotan ngan pembaris di tangan oleh cikgu sejarahku..time ni masa nak PMR..dah lepas kena rotan,baru la buang perasaan tak suka suma tu..nasib baik la PMR dapat A jugak..kalo dapat markah ala2 paling rendah tu alahai frust ok..huhu..

dah habis PMR,masa cuti skolah ckgu tu jemput untuk kenduri kahwin..alhamdulillah..dia dah nak kawen..takde la lagi dia nak kem salam ng kakak ke apa kan..ilangla perasaan tanak belajar kelas dia lepas tu..nak blajar apa lagi dah kan dah mmg abis PMR dah pun haha..masa kenduri dia pun saya pegi..yang bestnya,rumah dia sangatla dekat dengan rumah abang ipar saya yang kawen dengan kakak saya yang dia nk kem salam tuh hahahahaha...coincidence kan??hihi..

Naik form 4 n form 5..saya tak jugak pandai2 dengan subjek sejarah ni..haih..berjangkit nampaknya..asik dapat markah cukup2 makan saja..penah failed jugakkk!!selalu la kena perli ngan cikgu sejarah time tu,cikgu fauziah ke nama dia..lupa plak..apa punya sejarah saya cerita pun tatau la..kan ada karangan tu kan..cikgu kata habis dicampuraduk tarikh2 saya..karangan punya panjang melalut isi langsung tadak..kahkahkah..aduila malu betoi..dah memang takleh terima sejarah kot ni..kalo matematik ok lah kekekke...nasib baik SPM masih kredit..idak le dapat 1 huhuhu..

Semoga Cikgu Ilyas berbahagia selalu disamping isteri dan anak2nya..dia memang cikgu sejarah yang bagus sebenarnya..huhuhuhu



6th Anniversary..Alhamdulillah..

Friday, May 28

Today is our 6th wedding anniversary..thanks Allah for giving us this wonderful journey of life....pahit manis kehidupan saling melengkapi antara satu sama lain..tengah masak rendang daging sebenarnya..update la kejap kat sini hehe..

Takde buat apa2 pun tahun ni..lepaking kat umah..menunggu Dbuzz n pak mentua yang akan datang from Kuantan dengan "baby" baru Dbuzz..ahaksss..Dbuzz jom tukar jom..kakakaka..mama dah ada kat sini..program petang ni blom sure lagi..yang tau nk kena masak lunch dulu lah..hehe

To abah,teruslah menyayangi ummi n nuqman..semoga abah tabah dan sabar mendengar bebelan ummi dari hari ke hari ahhahaha..kalo tak bebel ase tak lengkap plak kan..hehe sabo je la bah yeee...

SELAMAT ULANGTAHUN KE 6 UNTUK KITA...SEMOGA KITA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...AMINN..




Lawatan ke Kilang Coklat Beryls

Thursday, May 27

Arini,Nuqman ada lawatan ke Kilang coklat Beryls kat Serdang anjuran tadika dia..Dulu masa blajo kat UPM tak penah pun tau kilang coklat..bila dah abis belajar baru la tau ada kilang tu..tu pun sebab dok serumah sewa ng budak yg penah praktikal kat situ..wahhh mesti beshh praktikal kat situ mesti selalu makan coklat kan..

Pagi ni..Nuqman bangun awal..sebab mak bisik kat telinga nuqman,kalo tanak bangun ummi tepon teacher cakap nuqman nak tido tanak pegi lawatan kilang coklat. Terus bangun duduk walopun mata tu berat2 nak bukak..huahahahhaa..mak selalu je umpan nuqman bangun macam2..antaranya camni lah..kekekeke..memang kena tipu manjang la nuqman kan haha..

Dah siap2 mandi suma pakai baju anta la gi tadika dia..arini tak macam hari2 lain la..hari lain muka tu jarang nak manis..ye la kena belajar kan..arini..nak cepat je sampai tadika..sampai2 turun terus takyah suruh2 keluar keta hehe...cakap2 ng teacher lebih kurang,bagi kat teacher duit kot2 nuqman nak beli apa2 pastu mak terus gi keja la..lupa nak pesan suruh amik gambo..

sampai opis..kul 11 baru teringat nak mesej teacher dia tanya..katanya nuqman ok..tengah makan kat marrybrown..alamak dh terlepas la gambar2 kat kilang coklat..tapi suruh gak la teacher amik gambo nuqman sekeping dua kat marrybrown nilai 3..dorang wat sambutan harijadi untuk bulan mei kat sana..


sengih pesen apa ni nuqman..

ha ni comei sikit..

bagus2 nuqman behave sikit..

So alhamdulillah la nuqman selamat pegi n balik..bukan apa..kami risau nak bagi nuqman ni ikut aktiviti yang takde kami..sebab dia penah dulu hilang kat dalam jusco sebab suka tol merayau2 kalo kita terlepas tengok..uwaaa..masa ilang tu rasa cam nk terkeluar jantung mak huhu..nasib baik jumpa balik..malu la time tu terjerit2 dalam jusco cari dia..barang nak beli pun main tinggal je time tu..ish nasib baik jumpa balik..kalo tak jumpa..haih tatau la..

Balik tadi excited citer apa yang dia tengok kat kilang..mak pun layan la dia dok cerita kan..nuqman bawak balik coklat beryls la kat ummi ng abah dia..heheh bagus2 nuqman...thanks teacher fiza tolong belikan untuk nuqman ye!




Welcome to the world baby Umar!

Tuesday, May 25

Semalam,hafiza my SIL dah selamat lahirkan baby Umar ni kat private HUKM..berat 3.65kg..wahhhh berat2 baby adek hihihi..

So semalam pas balik keje..makan,solat,singgah amik ubat nuqman sakit idung jap pastu shoot gi HUKM..sampai sana dalam 9.30malam..adui punya la payah nak parking kat HUKM ni ek..first time pegi sana..dah sampai lobi..elok2 nak masuk kena plak disoal pak gad situ..rupanya tingkat nak pegi tu budak2 takleh bawak le plakk..sudahnya kena gilir2 la nak pegi..abah naik dulu..sian nuqman takleh tengok Umar..dok tak lama nuqman ni nak berak plak dah...gi la tanya mak gad.."toilet takde la kat sini..ade pun dekat emergency sana"..What???huhuhu bole plak takde toilet sungguh menghairankan..emergency jauh kemain dari situ..abes kalo orang melawat kat situ cemana nk gi toilet malam2?sungguh tragis..sian nuqman terlompat2 nak berak..sms abah suh turun sebab nuqman dah pegang2 bontot nak berak hahahah..

Abah turun,mak naik plak n abah uruskan nuqman..huhu bole tahan jauh wad hafiza ni..bersenam di tengah malam nak ke wad hafiza..ke sebab jalan kalut2 sebab nk kejar Halami yang kaki panjang??hahahahhaa maybe la kot..Halami langkah sekali mak kena langkah dua kali huhuhu..so memang macam berlari la jugak kekekke..




baby Umar in da house!!!lom nampak muka sape2 lagi..hihi

Congrats to adek n Halami...selamat menjadi mak pak yang berjaya..tanya Halami..cam pecaya tak pecaya lagi dah jadi bapak dah..hehe..selamat berjaga malam la ye!tapi baby Umar ni semalam langsung tak bangun..cuit la cemana pun tak bangun..bagus sungguh tak kaco mama dia..Dok dalam 1/2 jam kat situ pastu balik..nasib baaaaaikkkkk turun awal..kalo dok sejam kat atas tu alamatnya berak dlm keta la nuqman hhahaha...rupanya abah tak jumpa cari toilet..last2 digula2kan nuqman ngan air tin..pastu cakap omputih kami berdua abah inform nuqman lom berak lagi..jangan tanya kang dia ingat balik dia nak berak..huahahahahhaa...so dengan lajunya balik umah terus la..lawak betoi la..tabiat tau nuqman ni asal kuar jalan je nak berakkkkkk...huhuhu


Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino