Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Award dari Mummy dasy

Thursday, February 5

Sebelum ni tak penah pun nk layan tagged ke ape ke sbb mmg malas nk buat..dulu takde blog ada fotopages je..almaklumle fp tu 'laju' sgt tu yang malas kuasa dua..hehe..tapi ni ase nk buat le..mekasih le mummy dasy bg award ni ye..tapi 2008??hehehhe..baru stat buat thn ni ahahhaa..takpe la mummy janji saya buat ye

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.
ok dah buat dah

2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum pemenang seterusnya

1. Nama sebenar Siti Norbaini Othman...tapi kalo kat kampung panggil Genny..nama ni arwah ayah yang panggil (mak saya yang citer..sbb saya tak sempat ingat cemana rupa ayah saya..tgk gmbr je). ayah meninggal masa saya umo 2tahun..skang saya dah nk masuk 29..soon!! Kat opis saya suh org pggl Siti...sbb saya malas nk explain nape org panggil saya genny..ye la tgk muka budak kampung nama cam org bandar ahhahaha..
2. Dulu saya suka melukis,zaman skolah macam2 pertandingan melukis masuk..tapi nmpknye skill tu masa kecik je ada..masa besar ni dah tak minat sgt dah..
3. Saya suka lukis rumah cendawan kalo saya boring..bagi saya rumah cendawan tu cute jek (sambil membayangkan saya kecik cam smurf dok dlm umah tu) hehehhehee
4. Saya suka memasak..suka try macam2 resepi thru tenet. saya belasah je makan suma benda walopun tak sedap tp saya komen2 le..sbb tu kalo boleh saya suka nak masak sendiri..walopun tak sedap tapi puas ati..tapi kalo datang mood malas seminggu pun boleh jadi dapo tak berasap!
5. Saya sgt protective terhadap anak saya..sbb saya takut dia ilang..dia penah skali nk lari dari umah..bila saya tgh basuh kete dia lari senyap2 kuar pagar yang tak berkunci..saya pulak mcm bibik kejar dia dgn air tak tutup suma..nasib saya sedar cepat..dia jugak penah lari kuar dari pagar neseri masa saya amik dia..sian saya moks2 kene kejar dia..dh le dia lari laju!
6. Saya boleh jadi sangat rajin..dan boleh jadi sangatttt malasssss ..kalo saya rajin..abis satu umah saya kejakan..kalo malas ya ampoooonnnn sian abah..kekekkekeke
7. Saya tak pandai kelentong,tak pandai tipu..saya jujur orangnye..tp skali org tak jujur or kutuk belakang saya..saya tak dapat nk sembunyi muka benci saya kat org tu..
8. Saya rasa saya ni pendiam..tapi budak2 kat opis kata saya mulut becok n garang..bila saya cakap saya pendiam dorang gelakkan saya...sape paham sape ni??
9. Saya lebih bagus menulis dari bercakap..saya sangat fail untuk bagi idea yang bernas on da spot..saya perlukan masa untuk bg idea2 yang bernas hehehe..
10. Saya tak pandai bodek2 orang..saya tak suka susahkan orang..tp kalo abah...mmg sll saya susahkan..hehehe..saya seboleh2nye takkan bagitau saya ada masalah or dlm kesusahan pada famili saya..saya tak suka org masuk campo dlm urusan rumahtangga saya..

byk lagi ni nak tulis...tp nk 10 je kan..hehehhe

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di blog

kawan blog masih lom ramai lagi..so ni je la yang kene

kirana
akudanherbalife
ayu bicara hati
anis
ok mummy dasy saya dh siap wat kije saya hehehhee..

tepung bahaya???bistu nk makan apa je??

got this email this morning..hmm..dunno whether it is true or not..but if it is true..ape je tinggal nak makan ni??byk jugak benda guna buat ng tepung...kenapa nk aniaya sesama manusia??


Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan
memenatkan.
In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih
banyak artikel.
Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah
kakak sulung saya.
Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun.
Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan
masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan
menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya.
Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan
yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.
Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu
kereta mewah.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami.
Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah
sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan
Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan
berkenaan tepung gandum..
Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung
gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di
pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya
adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80.
Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah
rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini?
Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk
membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatkannya di
pasaran.

Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??
Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y
menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini
dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya.
Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia
BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna
putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan
mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan
dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.
Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya
dan boleh menyebabkan berbagai penyakit.
Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah
satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung.
Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum
seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana
mengandungi bahan kimia BP..

Bagusnya Singapore, mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang
mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya
tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan
jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini??
Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di
Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.
Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak
saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan
oleh kilang Mr Y bekerja.

Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan
tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya.
Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan
ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide".
Mr Y lebih terkejut kerana pada sangkaannya kilang dimana beliau bekerja
tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum.
Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangkaannya bahawa kilang tepung
tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.

Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan
berikut adalah antara dapatan saya:
1. Dari < http://getacnetreat/> http://getacnetreat/ments..com/
review/benzoyl- peroxide/
Benzoyl Peroxide
Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low
concentrations as an acne treatment.
Benzoyl Peroxide basically works as a peeling agent, stripping dead skin
cells and killing bacteria within pores.
Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is
suspected of being a possible tumor promoter.
Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low
concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known
for causing nasty side effects such as hives, swelling of the face,
itching, and dry and peeling skin.
It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when
it comes in contact with clothing and hair.
2. Dari < http://msds/> http://msds/. chem.ox.ac . uk/BE/benzoyl_ peroxide.
html
Benzoyl Peroxide
Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor
promoter. May act as a mutagen.
Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with
skin. Eye, skin and respiratory irritant.
Typical TLV 5 mg/m3.
3. Dari < http://pesticideinf/> http://pesticideinf/o.org/Detail_
Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521
Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and
developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.
4. Dari < http://ptcl/> http://ptcl/. chem.ox.ac . uk /~hmc/hsci/ chemicals/
benzoyl_peroxide .html
*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards..
Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material.
Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.
*** The compound is very flammable.
*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful
if you swallow it or get it on the skin.
*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.


Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa
Benzoyl Peroxide adalah :
* Bahan toksik
* Bahan penggalak tumor
* Boleh menyebabkan alahan pada kulit
* Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada
sel badan.
* Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan
ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada
warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat
sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.
Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan
tepung gandum dengan bahan kimia BP ini.
Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung
gandum ini akan bertukar ke putih.

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas
dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat
dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi
didalam tepung gandum yang asal merosot.

Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding
tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah).
BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.
Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana
mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah
disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.
Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak
benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout.
Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.
Sebagai permulaannya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang
dan hampir tidak ada.
Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee
kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah
kesannya.

In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom
gout yang serius.
Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia
Benzoyl Peroxide.
Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen
yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni
atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun
tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide.
In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.
Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan
gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl
peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout.
Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid
borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout.
Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di
dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh,
TIPs di < http://emjayjb/> http://emjayjb/. multiply. com/journal/ item/75

Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan
yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP)
seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari
bahan ini.
Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung
gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini.
Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di
dalamnya.
Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali
Y***** mengalami ????.

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh
yang singkat.
Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang
iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin
ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di
kalangan rakyat Malaysia .
Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an.
Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting
selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.
Sekian wassalam wallahualam

nk hangin ke nk kesian??

hmm..tatau nk cakap nk hangin ke nk kesian..actually kat umah baru kat bangi tu..ada la sorang jiran ni..dia gi park keta dia depan umah baru kitorang..keta tu plak dah le macam besi buruk je kekdahnye..ng tayar pun dah takde angin suma bagai..sblm ni dah gitau jiran depan umah..untuk alihkan kayu2 yg dorang longgokkan depan umah kitorang..pastu mintak tolong gitau jiran sorang ni untuk alihkan keta buruk tuh..

masa gi sabtu aritu..borak2 ng jiran depan umah tu..dia mintak kita gitau sdiri plak..hmm takpela kan..dgr citer pemilik keta buruk tu pakcik yang dah bersara..n dorang gak gitau dorang tak sebulu ng pakcik ni..hmm..dh nmpk ada sket masalah kat situ..

masa abah gi nk bayar deposit kt kontraktor..abah gitau ada la gi umah pakcik ni mintak alihkan keta tu..tau apa pakcik tu cakap??"keta tu tak halang pagar kan?" abisss?????kitorang ni kan tuan umah??bistu nnti kitorang nak parking kete kat mana kalo dia takmo alih kete dia??? abah pun cakap la dorang kontraktor nk buat keje senang sket kan..tau apa dia jawab lagi???"buat keje tu kat belakang kan..tau kacau bahagian depan.." abesss???nk suh kitorang buat cemana??tau apa dia cakap lagi??"lagipun keta tu dah lama tak start..taktau la boleh hidup lagi ke tak" abesss????nk suh kitorang menanggung besi buruk kat depan umah kitorang tu selama-lamanya ke???aduihle..nk marah dah pakcik tua..tapi dh dia tak respek kita..cemana nk buat ye...

ada gak ase cam nk panggil lori towing suh tow je dia nye kete pegi letak kat tmpt buang sampah...tapi????takkan kitorang pulakkkk??kete sape sebenonye nii????mak tak paham la camni..abah gitau smlm cam hanginnnnnnnn je satu badan ase...kalo cakap elok2 tak makan saman..cam nk keje cakap sebaliknye la plak...

UNTUK PAKCIK TU...TOLONG LE ALIHKAN KETE BURUK PAKCIK TU!!!TAKKAN KITORANG PLAK NK KENE NANGGUNG SEMAK MATA TGK KETE BESI BURUK TU SEPANJANG HAYATTT????PAKCIK NK SUH KITORANG GITAU BAPE BANYAK KALI BARU PAKCIK NAK ALIHHH???

semalam dah gitau kontraktor tu mintak tolong dia gitau lagi skali..tatau la apa dia cakap ng kontraktor tu plak..hmm..pagi2 mak dah hangin ase malas lak nk buat kije..hahahhaha

nam kali nam..bentuk beruang

Wednesday, February 4

nuqman ni mcm2 dia blajo kat neseri dia..saya suka neseri dia skang ni sbb macam2 yang dia ajar..kira wasathiah le..berjoget ada..doa2 pun ada..bagus lah..saya suka..tapi nnti dh nk pindah tatau le ada ke dak neseri yang macam skang ni..

ni video nuqman nyanyi lagu baru kat neseri dia..baru blajo la kot semangat je nk nyanyi..pastu cam tak bape nk ingat lagi tu tu yang sangkut2...mak nye version lagu ni lain sket..takpela mana2 version yang pasti citer pasal beruang!hihihihi..dulu2 mak tak reti lukis beruang mak nyannyi lagu ni le..so jadila rupa beruang..buleh gitu??nape dia sebut bentuk bunyi "bontot"??ke mak salah dgr kene korek tinge nih hahaha!

ni plak sesi baca2 doa..neseri dia byk ajar baca2 doa ni..ada gak la yang mak ajo..tp bila mak ajo je mesti dia dh tau..mak yang lmbt ke neseri dia yang advanced??kekekkekeke..susah sungguh nk suh dia baca doa..konon2 sbb dah tau..so dia eksen la malas nk baca..pastu baca skali jek kalo suh baca doa lain plak dia kata nape nk kene baca banyak2 doa..hish..makin besar makin byk menjawab..huhu..pasrah je lah..

Progress Rumah-ongkos n KIV

Tuesday, February 3

Meh nk listkan ape yang aku ase nk buat kat umah tu...tp KIV list la ni kot..ngakkk mampu agi..hope dpt le buat suma seperti apa yang nak..by year end pun bleh le kot..tak pun bila2 ada duit lebih le

So far ongkos yang dh terlibat

extend (20x14) - RM20k (include cornice,lampu,kipas,pintu,tingkap,table top,tiles,wiring,plumbing) dah bayar RM5k
sambung letrik - RM303 (2 ari bekerja sambung balik)
sambung air - RM130 (3 ari bekerja sambung balik)

total so far : RM5433 (fuhh ni pun dh byk dah ase)

cepat je surut duit kalo dah mula masuk umah ni kan...huhu..so by Jumaat setel la kot sambung api ng air tuh..tak setel kalu mak le tukang calling2 ni..

ni plak KIV list yang rasa2..bukan rasa ni..harapppp dpt buat le kat umah tu

kitchen kabinet - kalo below 6k bole le kot nk buat..kalo mahal lagi takdo duit kene KIV le
tiles kat tingkat atas - tgh pikir nk jenis kayu ke jubin..kayu cam ala2 deco bersama eric tu hehehe..tp cam tak cukup duit je jugak kalo dah buat kc dulu huhu
cat balik satu umah - umah ni kan umah dh lama sket..so dinding2 tu mmg patutnye kene cat balik la..abah kite priority yang ni lah
tangga n stor bawah tangga - kalo bleh nk tukar tangga tu buat guna tiles n bleh jimat ruang..n buat stor bawah tangga..tapi cam takdo je jugak duit..redha dulu le kot ng apa yang ada
car porch - kalo bleh nk boh tiles..kalo tak mampu letak simen biasa je lah..takmo ada rumput2 tu semakkk

hmm..lepas ni nk kene sevey2 lampu kipas ng pintu plak..pastu nk mintak kontraktor tgkkan atap depan tu cam ada bocor..hope dia tak caj le sket2 camtu je heheh..kedai lampu dah ada nk gi serbu based on moon nye kedai yang dia recommend. kipas ng pintu ni ada sesapa nk rekemen kat mana yang murah??jangan le bagi kat kedah ke perlis ke..nk gi sana dh kos plak kan hahaha..

takde mende lain ke nak main??

takde mende lain ke?asal nk beli menan je..mesti bende2 camni..nk beli je menan mesti camni..asal menan je mesti benda2 ni..hahhaha..baru le tau byknye menan nuqman berunsur pengangkutan kekekekke..nak apa..lori(mmg paling byk),bas(dah byk yang punah ranah),motor,keta,train,scorpion,lori bomba,keta polis,keta racing,kapalterbang,helikopter sumenye ada...hehehhehee..ada yang jangka hayat tak sampai sejam dah hancur berkecai...allo..main leklok bleh tak..kot ye pun ganas jgn le smp sejam je dah punah..terbayang duit mak cam kene koyak2 gitew..
seronok nk amik gmbr ng menan2 dia
lori yang paling gedabak..yang ni nuqman pun leh naik atas dia

ni saiz yang comel2 yg leh bawak gi neseri

racing car nuqman

byknye lori

train thomas dok sebelah moto honda

amboi seronotnye..pastu malas nk kemas balik!!


apo nk buek..asal gi kedai menan je bende2 camni je yang menarik perhatian dia...pusing2 punya pusing last2 mende2 camni gak dia amik..hmm..takpe la nuqman..asal bahagia sudahhh...

delay zoo entry

malas gile nk update kat fotopages sbb kadang lembab kadang laju..mak tak sabo kalo lembab mmg lupekan terus le hasrat nk upload gambo hehehe..lama dah gi zoo ni baru nk upload kat sini..nk upload kat fp asik lupa bawak jek..tp ni dah alang2 buat blog baru ni,meh le kite penuhkan gambo kat sini plak..

ape ntah nama beruk ni..lupa lak
dok kat atas tram..malas nk jalan kekekeke

main entrance zoo..lamonye tak dtg zoo

ikang2 dalam zoo..bape tahun tak cuci akuarium ni


cam biasa..gambo getiks ahaks!

nuqman takut ng patung orang utan kat belakang tu

yo yo what's up dude


comei sungguh org utan ni buat muka..tenyeh2 kat cermin tu kekeke

ni malu ke apa ni??


nuqman kata camel tu makan pokok


nuqman sebok mkn dorayaki yang mahei tuh..1.80 sebijik..cam 50sen je besonye..abah cam besa kontrol machos


gajh dua ekor ni tunggu org nk bagi makan..




zirafah ni pon sama..tgh meeting kot sape yang nk makan sulu


ni masa mula2 baru smp dia dh mula nonong gi kedai ni..suma benda tunjuk nk beli..ape kess??nk tgk minatang ke nk shopping???


posing bleh...beli menan no no no!


ng abah laks
dok kat zoo ni dari 10.30 sampai 1.45..time ni konon nk boikot takmo makan fast food..pastu plak tmpt makan dalam zoo ni mahei padahal makanan dia simple jek..terus balik le makan kat secret recipe jusco equine hehehe..
Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino