Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Good Bye 2009, Welcome 2010!!

Thursday, December 31

Pejam celik, pejam celik dah sampai penghujung tahun dah..cepat betul masa berlalu..rasa macam baru je masuk 2009..dan macam2 perkara/accomplishment jugak la berlaku dalam 2009 ni..

Saya menceburkan diri dalam dunia blogging ni pun tahun ni jugak..kalau tanya saya, kenapa saya berblogging,antara jawapan yang boleh saya bagi, mula2nya saja suka-suka untuk berkongsi cerita..n mula berblog ni sebab tension dengan fotopages yang selalu hang je bila nak masuk gambar..n juga sebab saya banyak menulis dari menepek gambar pada waktu itu..

Lama kelamaan, saya rasa saya berblog untuk menulis/merakam momen-momen yang saya lalui bersama famili kecil/besar saya,kawan-kawan dan segalanya..sebab saya menulis,sebab saya tak mampu nak ingati semua yang berlaku di dalam otak saja,jadi bila menulis ni,sekurang-kurangnya dalam 5 tahun akan datang bila saya baca semula entry2 yang dah dimasukkan ni saya mampu recall balik apa yang berlaku..otak saya hanya mampu mengingat perkara2 yang besar berlaku dalam hidup,contohnya majlis konvo,kawen,first time tau pregnant,bersalin,amik result periksa n so on..jadi momen2 kecil macam ni kalo sebulan lagi mungkin saya dah lupa semuanya..n sekurang-kurangnya saya boleh tergelak sendiri dengan bahasa2 saya yang merapu meraban dalam ni..

Saya enjoy dengan blog ni..dapat menambah kawan2 baru...walopun ada yang tak penah langsung berjumpa, tapi dalam blog ni dah macam berkawan lama..saya suka kemesraan yang wujud di kalangan bloggers..komen sana sini..walopun tak kenal in person but we know the person thru their blogs, n komen seolah2 semuanya kawan masa sekolah,u,pejabat..

Apapun, macam biasa tahun silih berganti..dah tentu ada azam/plan yang berjaya disempurnakan..ada yang masih KIV..ada yang tak berjaya pun ada..ada yang bawak ke setiap tahun tapi tak jugak buat2 pun ada..biasalah..tak semua yang kita impikan akan tercapai..Saya harap saya tak menyakitkan hati sesiapa tahun ni,takde buat masalah dengan sesiapa..kalau ada orang tak puas ati dengan saya sila la bersemuka dengan saya dan beritahu apa yang anda tak suka (jangan le ada hahahahaha)

Saya berdoa moga tahun baru 2010 akan membawa keberkatan,kemudahan dalam apa jua urusan,dan segala yang baik2 melimpahi diri saya dan keluarga..Saya juga berharap perkara yang sama berlaku pada bloggers yang lain..dan semoga saya tidak membiarkan blog saya bersawang2 disebabkan tiada masa/idea/event nak cerita di sini..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 SEMUA!!!!

Yang Benar sekali,
Genny,Siti,geni,Baini,Norbaini (macam2 orang panggil)



p/s : tetiba rasa nak tulis skema..wakakaka..

7 sweet thoughts:

OneSue said...

dah nak masuk thn 2010 dah kan..

thn depan camner plak kak ek...akak la ajr wan blog2 ni..sakng bukan main lagi..hahha

aper2..selamat thn baru :)

^ M r S ShAruL ^ said...

happy new year kak ct..semoga azam akak utk dpt anak ke2 thn 2010 mjadi kenyataan...aik?? aku plak lbh2..hehehe

ANAKIRANA said...

hahah..skema2 :P

selamat tahun baru kat hang gak la...

tmbah sket lagi ,blogging dapat duit :P haha ..mata duitan

n.a.j.w.a said...

aiii..kot mana skema lak ni geni??hahaha..jangkit penyakit skema aku ka??apa pun bahasa atau mode takde masalah janji mudah dibaca..jgn tulis pkai bhsa lain sudah la..kekeke..

selamat tahun baru to u..cekgu dan nuqman..aku tolong aminkan doa-doa hang :)

fazilzura said...

SALAM KENALAN GENI (bnyk nye nick name)...

kite tuko link yek ...

** sgt cute org nyeee

cikda said...

selamat tahun baru...hehe...

mrsjaddo said...

lama x jumpa makin comel lote.
happy new year...2010.
semoga kita semua ceria2 sokmoss!

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino