Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sik bakal jadi pengeluar utama anggur

Saturday, May 8

SIK 7 Mei - Daerah ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman anggur baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.

Beliau berkata, projek perintis fasa pertama dengan 1,000 pokok anggur yang digerakkan Excel Agrotech Sdn. Bhd. kini berjaya membuahkan hasil memberangsangkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ternas.

"Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan produk tradisional seperti ikan pekasam dan kuih muih. Namun dengan adanya teknologi pertanian baru, kita mahu Sik juga dikenali sebagai pengeluar anggur utama negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja ladang anggur itu baru-baru ini-PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA


nak baca lanjut sila baca kat Utusan Malaysia ye..


Saya ni suka berangan nak berada di ladang anggur yg buahnya manis dan besar,ladang epal ke...sambil petik sambil makan kat bawah pokok tu kan..hahah..angan-angan zaman kecik dulu la..zaman takde ditanam buah anggur dan epal kat malaysia ni lagi..dah tu takkan nak angan-angan dok bawah pokok manggis,rambutan,durian plak kan..tu kat belakang rumah pun ada..haha..

Belum lagi pernah tengok pokok anggur ni secara dekat..walopun dah ada kat Perlis sebelum ni tapi tak penah sampai pun nak pi tengok..hmm..nampaknya pasni balik kampung boleh la pi tengok pokok anggur kat sana..Empangan Beris tu dekat gak la ngan rumah..harap2 pi tengok tu nanti memang ada buah la kan..kalo ada self pick ke cam strawberry kat Cameron Highland tu lagi best..wahhh...berangan sudah..

Korang ada ke yang berangan cam mak ni?haha mesti korang punya angan-angan tu lagi dasat dari mak ni kan..nak menakluki dunia ke,nak jelajah Eropah ke,nak ada BMW ke kan..hehe..biar angan-angan kecik ni jalan dulu lah..baru bole pikir yang lagi besar-besar..bukan takde..banyakkkkkk...cuma satu satu la kan..sekali harung macam la bole kan..



5 sweet thoughts:

nasazfrog... said...

Happy Mother's Day, buatmu....

deeja said...

salam hari ibu, ok gak dapat org msia makan anggur..

Fiena said...

mak aku ada tanam anggur kat umah kat kg.. situ cam sejuk2 sikit, subur elok ja naik..
dpt gak la 2-3 kali merasa buah dia, smpai la abg aku dgn sukatinya pi buang pokok tu.. hohoho

kiranya pasni kalo hang balik sik.. aku nk kirim anggur la ye
hahahaha

genny da bomb said...

nasazfrog- hepi mothers day to u too..

deeja - hepi mothers day jugak kat awak..tu la best ada pokok anggur kat mesia..haha..ntah2 omputih pun seronok kalo tetiba ada pokok manggis ke durian kat sana kan hehe

fienah - wei awat tak gitau..bestnya ada pokok anggur sdiri..hehe..kalo tanam dalam umah ada ekon agak2 naik ke kekekeke..

sebenaqnya mak aku cakap dari 2007 lagi depa tanam..punya la aku taktau..ekekkeke..aku ni yg tak amik tau haha

nanie83 said...

akak..lps ni klu akak balik kg leh la kim beli buah anggur...

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino