Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

PLEASE PLEASE PLEASE TO ALL!!!

Friday, July 2

257,000 sijil kelahiran tanpa bapa

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395).

Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.


Ni saya baca dari paper Utusan hari ni..hati saya ni sangat2 la bimbang pasal benda2 macam ni..tak tahu la nak cakap macamana..

SO,tanggungjawab sosial saya adalah untuk mengingatkan kita2 semua sebagai ibu dan bapa..sentiasalah memantau pergerakan anak-anak anda...jangan ambil mudah semua perkara..jangan terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak kita..jangan kita memberi contoh yang tidak baik dari segi pergaulan kita dengan kawan-kawan kita,yang mana ia boleh menjadi ikutan pada anak-anak kita kelak..

Takut sekiranya Allah menurunkan bala diatas segala kekhilafan yang sesiapa jua lakukan..Perlu diingat,bala ini tidak mengira siapa betul siapa salah..jadi kita perlu sentiasa beringat..dan sentiasalah saling ingat mengingati sesama kita..Semoga Allah pelihara anak-anak kita dari segala kemungkaran yang akan datang..


1 sweet thoughts:

n.a.j.w.a said...

zaman skrng ni suka x suka kita kena la jd iba bapa yg mengkontrol dan mengongkong sket pergerakan anak2..sbb bdk skrng bkn mcm zaman kta dulu..

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino