Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ibu Alahan Bakal Lahirkan Zuriat Pintar

Friday, April 8

tengah pening loya muntah suma bagai ni, member kasitau pernah terbaca pasal ni..so saja2 la google..n jumpa la artikel ni..sejauh mana betoinya taktau la kan..tapi untuk menghepikan diri mak yang tengah mengalami benda ni..PERCAYALAH KEJAP hahahahahhaa..


11 Mei 2009

Kajian loya, muntah petanda IQ janin sihat

OTTAWA: Bakal ibu tidak sepatutnya bosan dengan alahan yang dialami pada awal kehamilan kerana kajian mendapati ia mungkin petunjuk mereka memiliki bayi dengan IQ tinggi.

Penyelidik mendapati wanita yang melaporkan berasa sakit pada beberapa minggu pertama selepas disahkan hamil mendapat anak lebih bijak dan petah.

Kira-kira empat dalam lima bakal ibu mengalami alahan. Ketika keadaan itu tidak difahami sepenuhnya, saintis percaya ia dicetuskan oleh kebanjiran hormon yang dilepaskan untuk melindungi uri dan janin.

Kajian terdahulu menunjukkan loya adalah petanda kehamilan sihat dan dikaitkan dengan kurang risiko masalah jantung pada bayi dan risiko rendah keguguran.

Penyelidik di Hospital bagi Kanak-Kanak Sakit di Toronto kini percaya ia juga boleh dikaitkan dengan perkembangan otak bayi.

Mereka menjalankan kajian pertama untuk melihat kesan jangka panjang loya pada otak bayi dan menghubungi 121 wanita yang menghubungi hotline bagi ibu baru hamil antara tahun 1998 dan 2003.

Tiga puluh wanita tidak mempunyai masalah alahan, manakala selebihnya melaporkan gejala seperti keletihan, muntah dan loya.

Pasukan itu melakukan ujian IQ dan tingkah laku kepada kanak-kanak berkenaan apabila mereka berusia tiga dan tujuh tahun.

Kanak-kanak yang ibu mereka mengalami alahan berkemungkinan memperoleh markah IQ lebih tinggi berbanding mereka yang ibunya tidak menunjukkan sebarang gejala, kata penyelidik dalam Journal of Pediatrics.

Mereka juga mendapat keputusan lebih baik dalam ujian kepetahan berucap dan matematik mudah walaupun apabila faktor lain seperti IQ ibu, sejarah merokok dan alkohol serta latar belakang sosial diambil kira.

Satu kekurangan dalam kajian ialah dalam banyak kes ibu diminta mengingati kembali betapa teruk mereka sakit beberapa tahun sebelumnya. Ia juga perlu diulang dalam kumpulan wanita lebih besar.

Dr Gideon Koren, yang mengetuai kajian, mengaku rumusan berbunyi ‘agak luar biasa’ tetapi berkata perubahan hormon yang membawa kepada alahan mungkin sesuatu yang baik.

Source from : Berita Harian

masa gi scan masa 2 bulan aritu..cakap la ngan doktor..saya tak larat la muntah2 ni doktor..doktor cakap apa..bagus la tu..tu maknanya baby awak sihat..dalam hati...erkkk??abistu yang takde alah tu baby tak sihat ke??hahahha..tp tu la doktor cakap..sabao je la banyak2..walopun dia bagi ubat tahan muntah pun,tapi macam dah immune dah..kadang muntah lagi ade..huhu..so, pasrah je la huhu..moga membawa kebaikan di kemudian hari..aminnnnn...



4 sweet thoughts:

deeja said...

Tahniah ye...mudah2an akan dapat baby yg sihat dan pintar nanti.Bab2 alah ni,mmg dh biasa sgt ngn akak..huh,xlalu sungguh rasanyer.

KoLAm SaKInaH said...

kak mengandung semuanya muntah giler.....so hg nilai la sdiri hehehe........sabaq la x lama cukup 4 bulan ok la tu....

genny da bomb said...

hehe kak deeja,tq!

Kak baya..anak2 hg kan cerdik2..xpala sorg tu mana tau ke depan nti dia lg cerdik dr yg lain hehe

Hunny Kitty said...

sedang menghadapinyer...sampai masuk spital..adekah bby ai akn terlebeh pandai?? hahahahah amin~

tp tu la xtahan...u ada amik ubt tahan muntah ek?? tak pe kan? xde effek apa2 kat bby kan??

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino