Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Ibu tiri sumbat cili dalam kemaluan anak - Mental ke apa???

Wednesday, January 8

huiii..pagi2 menyirap baca paper pasal ni..hilang akal ke apa mak tiri ni pun buat camtu kat anak tiri dia..kata ada kesan lebam-lebam lain akibat ditekan dengan sudu panas..sakitnya hati..tau la anak tiri..tp dah kawin dengan ayah dia jangan la buat camtu kat anak tu..ayah nye pun takkan tak amik kisah pasal anak..tak tengok ke kesan2 lebam tu semua..mental betul orang macam ni..

Macam nak cadangkan je..hukuman untuk dia buat camtu jugak..biar dia rasa apa yang budak tu rasa...geram betul lah..manusia kot yang nk sumbat benda pedas gitu kat bawah tu..eiii...rasa nak menyumpah je..sabar-sabar..huhu..

semoga si mak tiri tu mendapat hukuman setimpal..


Apabila ketamakan menguasai diri..

Tuesday, September 14

Hmm..rasa-rasanya memang sekarang ni sana sini heboh bercerita pasal kisah yang sama...memang hangat sehangat2nya la cerita pasal pembunuhan jutawan kosmetik,Datuk Sosilawati ni..cerita mana yang sebetulnya tak pasti la jugak..cuma hati ni rasa sangat marah sekiranya betul la cara itu yang digunakan untuk membunuh keempat-empat mereka..

Macam tu lah jadinya bila ketamakan menguasai diri..hilang kewarasan akal dan bertindak pun di luar batasan..kalau betullah orang yang sama terlibat dengan kehilangan empat lagi usahawan sebelum ni,memang sudah sampai la masanya semuanya dibongkarkan..buat jahat dibalas jahat,,tidak selamanya kejahatan boleh ditutup..dan mereka mungkin sudah tersalah langkah kerana tidak mengetahui Datuk Sosilawati adalah orang yang terkenal dan berpengaruh di negara ini..dah tentu la kehilangan dia bole dikesan awal2 kan..hmmm..

Apa2 pn tahniah kepada pasukan polis kerana kecekapan mengesan kesemua penjenayah2 ni..walopun yang dicari tidak dapat diselamatkan,sekurang2nya semua yang berhati binatang ni dapat dibawa ke muka keadilan dan mendapat pembalasan yang sewajarnya..

Walopun saya tidaklah mengikuti perkembangan usahawan ni,tapi kematiannya dengan cara sebegitu amatlah membuatkan hati ni sedih...tergamak betul dorang buat macam tu..kalo semua2 dorang ni ada kat depan mata ni..hai memang nak aje @#$%^&*(&^ kat dorang..

Semoga roh-roh mereka yang teraniaya ini dicucuri rahmat...






Ayah Pengacau

Friday, January 15

Ayah pengacau

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.


kalo nak baca lanjut sila ke Harian metro Online ye..


Ni adalah susulan dari kes anak buang bapa kat tepi jalan kat Kangar tu..si anak plak bole cakap macam tu kata bapaknya pengacau rumahtangga dia..Apa pandangan korang semua??

Maybe la ada cerita disebalik jadi macam ni..sebab mak pak dia bercerai...n si mak dah berkahwin lain..mak dengan suami baru selalu datang ke rumah dia buatkan dia suruh bapak dia duduk tempat lain..Saya sedih dan emo baca pasal ni sebab si anak tergamak letak si bapak kat tepi jalan, yang baru je lepas buat pembedahan jantung..sedih betul mikirkan(mintak simpang) kalau anak kita sanggup buat macam ni sebab dipengaruhi suami/isteri..dalam kes ni si anak ni cakap bininya bagi tekanan..maybe tanak jaga si bapak yang sakit kot..Katanya si anak memulakan perniagaan dorang tu pun hasil dari duit pampasan yang dapat masa jual tanah bapa yang diambil kerajaan..

haih dunia2..nasib baik la JKM amik pakcik ni tempatkan dia kat sana..at least terjaga makan minum n kesihatan dia walopun bukan dari anak2 sendiri..Semoga si anak mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat..



Lagi pasal H1N1

Tuesday, September 8

ada dapat forward email ni..pasal H1N1 jugak la..panjang emailnye..tapi nak kongsi part pencegahan saja..Wallahualam..tak rugi kalo cuba pun..

PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.


1.
Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.
Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3. Bawang
putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.
Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.
Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya


1.
Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.
perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.
Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.
dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......


saya suka masak pakai bawang putih...hehehehe


H1N1 around you!

Friday, July 31

bukan2...mak sehat walafiat lagi..Alhamdulillah..cuma saja nk borak2 kosong tp berisi gak le..hehe..tatau nk stori mori mende..tp nk gak update kan kang bersawang2 blog mak ni..
skang ni kan pandemik H1N1 (ececeh nk gak sebut pandemik cam best ja..padahal maksudnye wabak je pun kann hehe)..so based on apa yang mak baca..golongan yang berisiko adalah orang2 seperti di bawah :
-obesiti,
-diabetes
-tekanan darah tinggi
-menghidap penyakit kronik termasuk paru-paru, jantung serta buah pinggang
so apa yang boleh kita buat..apa extra precaution yang boleh kita buat untuk elak..hmm..susah jugak kan..sebab hari-hari kita kena jugak keluar untuk bekerja..nk beli barang..suma tu terdedah pada persekitaran terbuka..apa yang mak tgk..belum ramai lagi yang pakai mask(mak pun termasuk jugak..walopun dh beli mask tu)...n mak rasa ramai lagi yang bersikap sambil lewa..ambil mudah pasal benda ni..termasuk la mak sendiri..sorang2 pun nk tunggu ada kes baru nk pakai..ade ke pulak macam tu kan..hmm..lepas ni..nk keluar kena pakai mask lah..risau pulak makin banyak kes ni..n tatau cara lain selain dari pemakaian mask utk precaution..ada jugak tau pasal injection..tapi belum lagi consult doktor samada perlu atau cukup sekadar pemakaian mask saja..
so korang,apa precaution yang korang buat??sudi sudi kan la share ng mak n para bloggers yang lain..to my SIL in Melbourne,ok ke kat sana Bi?mcm dah beribu2 lemon jek kes kan kat sana??so be extra care to your health jugak ok???yang penting kak baini nk ceri hihihihi..

- akak kat kedah call cakap IKM n ada few tempat pun dh tutup jugak..uii..dh smp kat ulu sik jugak dah H1N1 niiii...takut kannn...

Langsaikan Pinjaman Anda..Kalo tak.....

Friday, July 17

KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.
Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.
Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.


-so kepada sesiapa yang liattt nk bayar utang loan korang..sile la berbuat demikian..kalo tak nnti jadi macam ni...kalo korang nk fly la..kalo dok dlm mesia diam2 lantak korang la nk jadi apa..

wonder why la kan..kalo tak keje lain citer la..ni income riban2 in a month takkan tak bole..hmm..maybe he has his own reason why..cuma mak nk ingatkan pada bloggers2 la..sile langsaikan utang pinjaman anda kalo ada...sian budak2 lain nk blajo susah plak dorang nk dpt pinjaman nnti..jadi la macam mak...hihihihihii..tak banyak..sikit2 bayar..janji bulan2 kena bayar..ingat pada adik2 lain nk blajo jugak..selesa ke korang kalo hidup diburu je manjang??alahaiiii...TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!

susulan petikan tadi - Surat dari penjara Perancis

Thursday, July 16

Terpedaya dengan perangkap cinta warga Arab, seorang gadis rakyat Malaysia kini dipenjara di Perancis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.
Gadis berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Sarah Hani itu kini telah dua tahun ditahan di penjara dan kesnya akan dibicarakan semula di mahkamah negara itu tidak lama lagi.
Nasib yang menimpa Sarah Hani itu terbongkar apabila dia mengirim surat dari penjara kepada kawannya yang hanya mahu dikenali sebagai Liana, 32.
Menurut Liana, sehingga kini, Sarah Hani sudah mengirimkan tiga pucuk surat kepadanya dari penjara negara itu.
‘‘Surat dari penjara itu benar-benar mengejutkan saya. Sarah Hani mengaku ditahan di sebuah penjara kira-kira 200 kilometer dari kota Paris.
“Sarah menyebut ditahan polis di lapangan terbang negara itu atas tuduhan membawa ‘barangan’ yang menyalahi undang-undang.
‘‘Sarah tidak menyebut apakah ‘barangan’ itu. Cuma menyatakan kesal kerana diperdaya oleh kekasihnya,” jelas Liana kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Lebih menyedihkan kata Liana, lelaki Arab yang kononnya kekasih Sarah Hani itu terus menghilang dan gadis yang berasal dari Pantai Timur itu terpaksa menanggung musibah bersendirian.
Sarah Hani merupakan antara beberapa kisah duka gadis tempatan yang terperangkap dengan cinta warga Arab.


Moral-nk bercinta boleh..cuma perlu lebih berhati2..jangan terlalu taksub dengan cinta smp boleh ikut semua telunjuk pasangan..yang merana diri sendiri nanti..

WANITA MALAYSIA JELITA DAN PINTAR??

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 12 Julai – Kelembutan dan keayuan paras rupa wanita Malaysia khususnya gadis Melayu mendorong jejaka Asia Barat untuk menjalin hubungan cinta dengan mereka.
Selain itu, jejaka Arab juga berminat dengan wanita negara ini kerana mereka berdikari, pintar, pemurah, peramah serta mempunyai sifat bertolak ansur yang tinggi.


Pengakuan terbuka mengenai sifat wanita negara itu dibuat oleh jejaka Arab yang ditemui semasa tinjauan penulis di sekitar ibu kota.
‘‘Kebanyakan gadis Malaysia berfikiran terbuka, cerdik, mewah, berdikari serta peramah. Mereka juga cantik dan menawan,’’ akui Syedd Reza Walid, 26, warga Iraq.
Dia yang menuntut di sebuah kolej di Damansara, dekat sini, mengakui sudah mempunyai kekasih, seorang gadis Melayu yang berasal dari utara tanah air.
‘‘ Walaupun kami baru tiga bulan bercinta saya sangat menyayanginya. Saya mahu membina kehidupan berkeluarga di negara ini. Kehidupan di sini sangat aman,’’ ujarnya.


Kavel Shahi, 24, yang baru enam bulan berada di Malaysia juga telah berjaya ‘mencuri hati’ gadis negara ini.
Jejaka dari Iran ini mengakui sedang menjalin cinta dengan gadis Melayu yang juga teman sekampus.
‘‘Gadis Melayu mempunyai paras jelita. Lemah lembut dan bijak. Saya merancang mahu berkahwin dengannya dan membina kerjaya serta rumah tangga di negara ini,’’ katanya.
Dia yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kehidupan di negara ini sangat menarik dan gembira kerana mempunyai kekasih yang setia.


Rakan senegaranya, Mahdi Saman, 24, juga memberi pendapat yang sama mengenai keperibadian wanita Malaysia.
‘‘Saya selesa dengan mereka. Baik hati dan rajin membantu rakan-rakan dari negara luar,’’ katanya yang bercadang menetap di ibu kota.



Jejaka Libya, Musbah Guma Alwarfaly, 26, pula gembira tinggal di negara ini kerana keramahan penduduknya serta dapat hidup dalam suasana aman.
‘‘Gadis-gadis di negara ini juga baik hati dan mudah mesra. Saya kagum walaupun rakyat negara ini pelbagai bangsa tetapi mereka boleh hidup dengan aman. Saya selesa tinggal di sini,’’ katanya yang menuntut di Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat Johor.
Rakannya, Walid, 23, juga mengaku tertarik dengan wanita-wanita di sini tetapi belum ‘berani’ memikat mereka.


‘‘Bila cuti kami sering bersiar-siar di ibu kota untuk melihat keindahannya sambil mencari kenalan. Wanita Malaysia memang pandai bergaya,’’ katanya.



ADAKAH ANDA JUGA BERFIKIRAN SEDEMIKIAN??

hehehhee...i jelita ke??(wahh tetiba perasan nak mam plak kakakaka)..

hmmm..byk pro n cons gak kan pasal ni..kalo yang educated camni bole la lagi nk terima..kalo yang lain,adakah dorang nk amik kesempatan??nk dapatkan status warganegara maybe??hmmm..ape pendapat korang??silekan la kalo korang nk perasan sekalipun adalah dibenarkan dlm entri ni hihihihii..

Can somebody explain to me why???

Thursday, June 11

Azab mangsa culik

KUALA LUMPUR: Lima lelaki bernafsu syaitan seolah-olah dirasuk apabila sanggup menjadi tanah perkuburan di pinggir ibu kota sebagai ‘hotel lima bintang’ untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas menculik seorang gadis.Kumpulan penjenayah terbabit dikesan bukan sekali melakukan kerja jahat itu di atas kubur, malah sudah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.

Malah, kekejaman kumpulan itu terbukti apabila mereka merogol seorang gadis berusia 20-an secara bergilir-gilir selepas mengikat tangan dan kaki mangsa pada batu nisan. Dua daripada perogol itu memegang mangsa yang meronta kesakitan ketika seorang lagi rakan mereka merogol wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, seorang wanita yang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Indah di sini, menjadi mangsa nafsu buas dan aneh kumpulan penjenayah terbabit.

Mangsa yang hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya dihalang oleh sebuah Proton Wira sebelum seorang daripada lima lelaki dalam kenderaan berkenaan menariknya memasuki kereta itu.

“Selepas ‘misi’ selesai, kumpulan terbabit menghantar mangsa ke kawasan Taman Muda, Ampang, sebelum mengugut akan mencederakannya jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa.

BERITA LANJUT BOLEH BACA KAT HARIAN METRO YE..SAYA CUMA AMIK POINT2 SAJA..BOLEH BACA KAT SINI

apa yang menjadi persoalan kat sini..sapekah penjenayah2 ni ye??orang tempatan??atau pendatang samada dengan izin atau tanpa izin??motif dorang buat macam ni??sbb pompuan ni takde plak disamun pape kan..cuma dirogol bergilir2.. yang lagi menakutkan..she is just 10 metres away from her home!!!kawasan rumah pun dah tak selamat??why ada kumpulan yang macam ni ye..menculik orang semata2 untuk melampiaskan nafsu???astagfirullahal'azim..dah tu plak siap antar balik pulak kan orang tu balik rumah..I really can't get it...cerita ragut,samun n bunuh tak payah citer la kan byk mana..tapi ni just culik n rogol???Ya Allah,realiti yang menakutkan..so girls..be alert always ok..elakkan la berjalan berseorangan n pastikan bukan jalan2 yang gelap n sunyi..n THE MOST IMPORTANT IS, DON'T COME HOME LATE AT NIGHT!!this thing happened at 3 0'clock in da morning..wonder gak pompuan ni buat apa jalan sorang2 pukul 3 pagi tanpa ditemani sapa2..

Dilenyek Lori Sendiri

Friday, April 24

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pemandu lori cuba meniarap sebaik menyedari lorinya mengundur ketika memunggah batu-bata gagal menyelamatkan dirinya. Kepala Lee Eng Wah, 51, berkecai akibat tersangkut pada kotak gear dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi di Kampung Salak Selatan Baru di sini, semalam.....berita selanjutnya baca kat Harian Metro hari ni la ye..

saya bukan nk citer pasal berita ni..tapi nk citer pengalaman sendiri yang dok belakang lori yang berundur...Allah je tau macam mana rasanya dok belakang lori ni...masa ni tgh menunggu trafik light kat susur nk gi Mines/Balakong tu..jalannye kan cerun sket kan..depan keta saya ni lori yang tatau la bape tan yang panjang mcm sebijik rumah tu...saya betul2 belakang lori ni la n saya mmg dah jarakkan jauh la keta saya dari lori tu....skali saya nmpk lori tu berundur sikit demi sikit...panik la saya dalam keta tu..nasib baik la saya sempat pikir nak hon non stop sambil reverse keta..luckily la keta belakang2 saya pun cepat bertindak berundur skali...mmg dh betul2 lagi skettttt je nak masuk bawah lori tu..nasib baik la pemandu lori tu cepat2 turun letak batu sementara nk tunggu trafik hijau..instead of dia nk pi seri kembangan..dia dah pusingkan lori dia gi ke mines plak..sbb dah lori tu takleh stop sbb berat kot kan...Alhamdulillahh...mmg sepanjang dari situ sampai ke rumah mmg menggeletar la bawak keta..sampai kat kawasan umah abah dah tunggu kat kedai makan dia dh siap oder..saya sampai kedai tu menangis2 le kat abah..huhuhuhu...sampai skang ni saya mmg takmo dah dok belakang lori..kecik ke besar ke saya rela bawak slow2 suh org lain dok depan saya hehe...
Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino