Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Peniaga sekerap maut ditembak dari jarak dekat

Wednesday, June 2

Peniaga sekerap maut ditembak dari jarak dekat
02/06/2010 12:51pm

Oleh OPAT RATTANACHOT / SAFINA RAMLIuspetani@utusan.com.my

SIK 2 Jun - Seorang pembeli getah sekerap maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki di Kampung Batu 8, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa dikenali sebagai Kia Chuan Joo, dari Taman Gunung Pulai, Tandop, Alor Setar yang terkena tembakan pada bahagian muka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 33 tahun itu bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari Baling untuk pulang ke rumah mereka di Alor Setar.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, mereka dikatakan menerima panggilan daripada seorang lelaki untuk membincangkan urusan jual beli getah di Sik.

Katanya, Chuan Joo yang memandu kereta jenis Toyota Corolla bersama rakannya berusia sekitar 40-an kemudian diminta berjumpa lelaki terbabit di tepi jalan dekat Kampung Batu 8.

"Sebaik saja memberhentikan kenderaan, mangsa didatangi seorang lelaki yang memandu kereta berwarna hitam.

"Lelaki tersebut terus melepaskan beberapa das tembakan sehingga mengenai muka mangsa,'' katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini. - Utusan


tau pasal benda ni thru FB orang kampungku..SIK..dalam FB tulis dekat simpang hospital..memang betul2 depan jalan nak masuk umah saya lah..terus la call mak tanya..mak kata bila abang call ada org kena tembak kat tepi jalan..terus la pakat beramai2 kunci pintu dok diam2 dalam umah..takut la kan hoho...orang bawak pistol sesapa pun memang bole je dia nak tembak..mak kata sebab dalam keta tu ada duit kot tak salah..ada 90k kot duit tu..tatau la duit getah tu ke or duit ape kan..haih macam2 la orang skang ni nk duit mudah..nasib baik orang kampung takde jadi apa2 huhu..

0 sweet thoughts:

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino