PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 12 Julai – Kelembutan dan keayuan paras rupa wanita Malaysia khususnya gadis Melayu mendorong jejaka Asia Barat untuk menjalin hubungan cinta dengan mereka.
Selain itu, jejaka Arab juga berminat dengan wanita negara ini kerana mereka berdikari, pintar, pemurah, peramah serta mempunyai sifat bertolak ansur yang tinggi.
Pengakuan terbuka mengenai sifat wanita negara itu dibuat oleh jejaka Arab yang ditemui semasa tinjauan penulis di sekitar ibu kota.
‘‘Kebanyakan gadis Malaysia berfikiran terbuka, cerdik, mewah, berdikari serta peramah. Mereka juga cantik dan menawan,’’ akui Syedd Reza Walid, 26, warga Iraq.
Dia yang menuntut di sebuah kolej di Damansara, dekat sini, mengakui sudah mempunyai kekasih, seorang gadis Melayu yang berasal dari utara tanah air.
‘‘ Walaupun kami baru tiga bulan bercinta saya sangat menyayanginya. Saya mahu membina kehidupan berkeluarga di negara ini. Kehidupan di sini sangat aman,’’ ujarnya.
Kavel Shahi, 24, yang baru enam bulan berada di Malaysia juga telah berjaya ‘mencuri hati’ gadis negara ini.
Jejaka dari Iran ini mengakui sedang menjalin cinta dengan gadis Melayu yang juga teman sekampus.
‘‘Gadis Melayu mempunyai paras jelita. Lemah lembut dan bijak. Saya merancang mahu berkahwin dengannya dan membina kerjaya serta rumah tangga di negara ini,’’ katanya.
Dia yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kehidupan di negara ini sangat menarik dan gembira kerana mempunyai kekasih yang setia.
Rakan senegaranya, Mahdi Saman, 24, juga memberi pendapat yang sama mengenai keperibadian wanita Malaysia.
‘‘Saya selesa dengan mereka. Baik hati dan rajin membantu rakan-rakan dari negara luar,’’ katanya yang bercadang menetap di ibu kota.
Jejaka Libya, Musbah Guma Alwarfaly, 26, pula gembira tinggal di negara ini kerana keramahan penduduknya serta dapat hidup dalam suasana aman.
‘‘Gadis-gadis di negara ini juga baik hati dan mudah mesra. Saya kagum walaupun rakyat negara ini pelbagai bangsa tetapi mereka boleh hidup dengan aman. Saya selesa tinggal di sini,’’ katanya yang menuntut di Universiti Tun Hussien Onn, Batu Pahat Johor.
Rakannya, Walid, 23, juga mengaku tertarik dengan wanita-wanita di sini tetapi belum ‘berani’ memikat mereka.
‘‘Bila cuti kami sering bersiar-siar di ibu kota untuk melihat keindahannya sambil mencari kenalan. Wanita Malaysia memang pandai bergaya,’’ katanya.
ADAKAH ANDA JUGA BERFIKIRAN SEDEMIKIAN??
hehehhee...i jelita ke??(wahh tetiba perasan nak mam plak kakakaka)..
hmmm..byk pro n cons gak kan pasal ni..kalo yang educated camni bole la lagi nk terima..kalo yang lain,adakah dorang nk amik kesempatan??nk dapatkan status warganegara maybe??hmmm..ape pendapat korang??silekan la kalo korang nk perasan sekalipun adalah dibenarkan dlm entri ni hihihihii..
***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino
2 sweet thoughts:
klu depa kata tak jelita kang kena terajang nanti..sah2 dok kat sini kan? hahahaha
derang ni betul2 puji n nak kawen ker, nk duk kat mesia carik makan kat sini? musykil laa
Post a Comment