Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

susulan petikan tadi - Surat dari penjara Perancis

Thursday, July 16

Terpedaya dengan perangkap cinta warga Arab, seorang gadis rakyat Malaysia kini dipenjara di Perancis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.
Gadis berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Sarah Hani itu kini telah dua tahun ditahan di penjara dan kesnya akan dibicarakan semula di mahkamah negara itu tidak lama lagi.
Nasib yang menimpa Sarah Hani itu terbongkar apabila dia mengirim surat dari penjara kepada kawannya yang hanya mahu dikenali sebagai Liana, 32.
Menurut Liana, sehingga kini, Sarah Hani sudah mengirimkan tiga pucuk surat kepadanya dari penjara negara itu.
‘‘Surat dari penjara itu benar-benar mengejutkan saya. Sarah Hani mengaku ditahan di sebuah penjara kira-kira 200 kilometer dari kota Paris.
“Sarah menyebut ditahan polis di lapangan terbang negara itu atas tuduhan membawa ‘barangan’ yang menyalahi undang-undang.
‘‘Sarah tidak menyebut apakah ‘barangan’ itu. Cuma menyatakan kesal kerana diperdaya oleh kekasihnya,” jelas Liana kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Lebih menyedihkan kata Liana, lelaki Arab yang kononnya kekasih Sarah Hani itu terus menghilang dan gadis yang berasal dari Pantai Timur itu terpaksa menanggung musibah bersendirian.
Sarah Hani merupakan antara beberapa kisah duka gadis tempatan yang terperangkap dengan cinta warga Arab.


Moral-nk bercinta boleh..cuma perlu lebih berhati2..jangan terlalu taksub dengan cinta smp boleh ikut semua telunjuk pasangan..yang merana diri sendiri nanti..

5 sweet thoughts:

cikda said...

kesian..byk dah kan kes mcm nie..xtau la..bodoh ke aper..bukan cinta yg buta, manusia yg buta..

ANAKIRANA said...

ermmmm..
berkali2 kes gini
yg bg duit berpuluh ribu la..mcm2..

my little family / kaftanbatik said...

ish berkenan sgt kat pak arab... xpaham tul..melayu kita x emsem ka?

shaifulsafar said...

bukan sebab hensem la ayu.... sebab banyok duit... + misai tebal macam datuk K... :-p

attyfir said...

macam2 skrg..nie..jgn mudah terpedaya..ngn janji manis..ngn wang..

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino