Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ayah Pengacau

Friday, January 15

Ayah pengacau

Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my

KANGAR: “Saya mengaku dia bapa kandung saya tapi kami tidak serasi hidup bersama kerana kehadirannya membawa masalah kepada rumah tangga saya.

“Lagipun, dia memang suka merempat dan hidup sebatang kara. Dulu pun dia duduk seorang diri di Langkawi,” kata lelaki yang mengaku meninggalkan bapanya di pondok bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad di sini, 7 Januari lalu.


Ketika dihubungi Harian Metro semalam, lelaki berusia 30-an itu tanpa rasa bersalah mendakwa bapanya, Abdul Rahman Talib, 57, memang suka merempat dan lebih gemar hidup sebatang kara.


“Saya mengaku mengajak dia tinggal ke rumah saya di Perlis selepas lama hidup seorang diri di Langkawi .


“Bagaimanapun, selepas dua minggu bersama, kehadirannya menimbulkan masalah kepada rumah tangga saya. Walaupun dia bapa kandung, pada masa sama saya juga perlu menjaga keharmonian keluarga termasuk isteri dan anak-anak,” katanya.


kalo nak baca lanjut sila ke Harian metro Online ye..


Ni adalah susulan dari kes anak buang bapa kat tepi jalan kat Kangar tu..si anak plak bole cakap macam tu kata bapaknya pengacau rumahtangga dia..Apa pandangan korang semua??

Maybe la ada cerita disebalik jadi macam ni..sebab mak pak dia bercerai...n si mak dah berkahwin lain..mak dengan suami baru selalu datang ke rumah dia buatkan dia suruh bapak dia duduk tempat lain..Saya sedih dan emo baca pasal ni sebab si anak tergamak letak si bapak kat tepi jalan, yang baru je lepas buat pembedahan jantung..sedih betul mikirkan(mintak simpang) kalau anak kita sanggup buat macam ni sebab dipengaruhi suami/isteri..dalam kes ni si anak ni cakap bininya bagi tekanan..maybe tanak jaga si bapak yang sakit kot..Katanya si anak memulakan perniagaan dorang tu pun hasil dari duit pampasan yang dapat masa jual tanah bapa yang diambil kerajaan..

haih dunia2..nasib baik la JKM amik pakcik ni tempatkan dia kat sana..at least terjaga makan minum n kesihatan dia walopun bukan dari anak2 sendiri..Semoga si anak mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat..



5 sweet thoughts:

fazilzura said...

ceh x gune nye anak .. smp hati ckp cmtuh .. pehtu 1 msia tau .. bodoh betul ..
kalau rs2 x nak jaga ayah tu , anta ler ke rumah org tua ke.. beli kan 1 rumah tuk dia duduk ke kan .. ampeh betui

atty's said...

sian pakcik nie..harap jgn lah anak2 kita buat cenggini kt kita..

Lenny said...

tuhla.. baca pon sakit hati kan...

maybe kita tak tau citer sebenar..

tapi.. selayaknya sebagai anak... tak patut kan.. buat camtuh kat parents.... walau busuk camner pon treatment parents kat kita satu masa dulu... tapi tah la.. lain org... lain la kot..

pening baca kisah2 dunia lately kan...:(

mintak2 kita di simpang jauh2 dari menda2 camni...

kirana said...

aku ni tak leh baca kes sensitip gini..
walau aku garang..tpi jiwa aku sensitip huhuu

anak tu dah senang lenang..cakap bapak mcm2 pulak..adoi..kalau tau gini picit hidung kecik2 lagik

cikda said...

genny
huhu nauzubillah...
entah la..
mcm2 skrg nie...

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino