Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Beras - Hakikat dan Mitos

Saturday, September 12


Karbohidrat kompleks seperti beras merupakan sumber tenaga yang utama untuk badan kita. Beras mengandungi kandungan lemak dan sodium yang teramat rendah dan mudah dihadamkan. Nasi menyumbangkan 50-80% daripada sumber kalori harian yang dimakan oleh penduduk Asia. ia mengandungi zat potassium,vitamin B,thiamin serta niacin.Beras merah mengandungi khasiat yang lebih tinggi terutamanya kandungan fiber dan vitamin B.


Mitos - Makan nasi selepas 7 malam akan menambah berat badan
Fakta - waktu makan tidak harus disalahkan,makan yang tidak berlebihan dan disertai dengan senaman yang mencukupi tidak akan menambah berat badan.
Mitos - Karbohidrat akan memberatkan badan
Fakta-Karbohidrat seperti beras merupakan sumber kalori yang penting dan amat kurang kandungan lemak. Masalah terbentuk apabila dimakan berlebihan serta tambahan pelbagai sos yang mengandungi mentega,krim,santan dan sebagainya.



Mitos - Pemakanan berkarbohidrat rendah dan berprotein tinggi adalah lebih digalakkan
Fakta - Sebenarnya,protein yang berlebihan akan mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang. Adalah diperhatikan bahawa mereka yang cuba melangsingkan badan dengan pemakanan berkarbohidrat rendah akan bertambah berat badan dengan lebih cepat selepas berhenti dari pemakanan tersebut.

takde keje tetiba cerita pasal beras plak kan hehe..

dah la..mak malas nk bagi macam2 lagi mitos n fakta...sebenarnya apa yang mak nk gitau...tgk kat bawah..




-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-




hahah..ni yang mak beli..tetiba jek..ni suma salah pyan..ko la ni...suma sogok kat aku kan kalo segala macam tupperware ni...


tanpa membuang banyak masa..kena la pulun isi beras kan...hihihihi..

dah beli bekas baru...kena la jugak rajin memasak benda berasaskan beras kan..hahah..beli bekas mahal2 buat hiasan jek mmg nk kena la..hihihi..sebelum mendengar bebelan abah setelah meleburkan duit beli natang ni baik la mak merajinkan diri masak untuk bukak posa ari ni..

ya...ni yang mak masak..nasik minyak ye kawan-kawan..sempena bekas baru haha...rajin terlebih..actually sebab hafiza datang umah..so masak la spesel sket org nk datang berbuka kat umah kan..

rendang daging,ayam goreng rempah,kerabu epal...suh hafiza n halami beli kuih..so mak takde la goreng karipap..esok je la goreng karipap..dorang beli kuih pulut hijau(org sini panggil apa tatau) ng buah melaka..mak dah pesan jgn beli byk2 kang bazir..



selingan gambo mamat ni masa bukak posa kat secret recipe semalam..gambo kitorang dua takde sbb dah lapo nunggu makanan..ng gambo makanan skali takde haha


4 sweet thoughts:

mama umar said...

nnt aku dgn ana nk serbu umah hg, hg msk la nasi mcm ni gak eh..dgn dessert skali tau..apa ke nama tu..aha triffle..hehe..mesti mrh la mak tiri ni aku oder2 nih..amboihhh..dh dapo baru tmpt boh beras pun maheyyyy ha...hehe

cikda said...

genny
uish genny tempat beras skit punya gempak...

genny da bomb said...

mama umar - hehehe tgk la kalo aku ghajin..byk chantek main oder2 noo...hehehhe..

bekas tu mmbr aku la tu..paksa aku beli sbb org lain kansel..huhu..aku bukan bayaq lagi pun hahahhaha...bg byr banyak kali ok la..

cikda-aida,gempak tak gempak..kena paksa rela..nasib baik bg byq byk kali..so ok la..

AbahNuqman said...

nampak presentable gak bekas beras ni.. comey jek hehehh.. ummi ni abis la kalo kena dakwah beli barang.. mesti kalah punye hahahhaha..

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino