Sejarah pun boleh failed??
Sunday, May 30
6th Anniversary..Alhamdulillah..
Friday, May 28
Lawatan ke Kilang Coklat Beryls
Thursday, May 27
Welcome to the world baby Umar!
Tuesday, May 25
So semalam pas balik keje..makan,solat,singgah amik ubat nuqman sakit idung jap pastu shoot gi HUKM..sampai sana dalam 9.30malam..adui punya la payah nak parking kat HUKM ni ek..first time pegi sana..dah sampai lobi..elok2 nak masuk kena plak disoal pak gad situ..rupanya tingkat nak pegi tu budak2 takleh bawak le plakk..sudahnya kena gilir2 la nak pegi..abah naik dulu..sian nuqman takleh tengok Umar..dok tak lama nuqman ni nak berak plak dah...gi la tanya mak gad.."toilet takde la kat sini..ade pun dekat emergency sana"..What???huhuhu bole plak takde toilet sungguh menghairankan..emergency jauh kemain dari situ..abes kalo orang melawat kat situ cemana nk gi toilet malam2?sungguh tragis..sian nuqman terlompat2 nak berak..sms abah suh turun sebab nuqman dah pegang2 bontot nak berak hahahah..
Abah turun,mak naik plak n abah uruskan nuqman..huhu bole tahan jauh wad hafiza ni..bersenam di tengah malam nak ke wad hafiza..ke sebab jalan kalut2 sebab nk kejar Halami yang kaki panjang??hahahahhaa maybe la kot..Halami langkah sekali mak kena langkah dua kali huhuhu..so memang macam berlari la jugak kekekke..
HARI HANGIN SEDUNIAAAA
Monday, May 24
ARGHHHH!!!!
Macam-macam..
Thursday, May 20
Kuasa Rotan...
Tuesday, May 18
Ehh melalut sudah..sebenarnya nak cerita pasal rotan la jugak..dekat rumah memang ada beli rotan..masa beli rotan dulu nuqman bukan main meraung lagi..hoho..apsal yang dia takut dengan rotan pun tatau la..padahal tak penah pun ajar dia rotan tu cemana..agaknya tengok kat neseri kot kan..ckgu pegang rotan masa ngajar tu ke..
Sabtu pagi hari tu..nuqman cam biasa la kan..asal mak dok rilek je.."ummi nak beli menan bla bla bla","ummi nak beli bla bla nak beli nak beli nak beli"...semuanya nak beli la pendek kata..huhu..tapi nuqman salah timing tanya pagi sabtu tu..nak nak plak ummi dia tetiba menjadi singa pada hari itu hahahah pity him..dek kerna asik mintak itu mintak ini..last2 mak cakap.."Asyik nak beli mainan je..meh ummi nak tengok belajar cemana pulak..belajar pandai baru la ummi beli menan"..maka mak suruh la dia mengeja.....
Sekali suruh...tak reti..dua kali..tak reti lagi..10 kali..tak reti lagi..maka maknye dah jadi hangin..tatau la jugak kat tadika dia dah blajo ke blom..kalo dh blajo patut la mak marah..kalo tak blajo lagi,sian nuqman..hahaha..masuk stor..cari rotan..kuar stor..nuqman nampak rotan,terus la berjurai2..mak pun cakap la.."apa nangis2..ummi tak buat apa2 pun lagi,nangis buat apa?"..sambil menjegil bijik mataku(hahah kesian gile tgk muka dia..tapi takpe la nak ajar sikit)..dok berjurai lagi..mak pun rotan la atas tikar..piap!!hoho ganazz makk..terus nuqman diam..mak pun cakap la..
"ha apa lagi..cepat eja ummi nak dengar"
Terus bole eja..terus masuk dalam otak..huhu..tatau la dek kerna takut ng ummi dia ke atau dia memang dah reti eja saja buat2 tak reti sebelum ni ke..haihh...sampai nak kena kuarkan rotan la pulokkkk....
SORRY YE NUQMAN..KALO TAK WAT GINI TAK BLAJA..HAAA KAN DAH PANDAI..
Slang mengalahkan orang putih..
Sunday, May 16
tiada kata dapat diungkapkan..
Saturday, May 15
Teruskanlah...teruskanlah begitu..
FED UP RASANYA!!!
Rasa macam nak maki orang..
Friday, May 14
KEEP YOUR MOUTH SHUT AND JUST GO WITH THE FLOW LA!!!
Ape nak jadi?Ape dah jadi?
Thursday, May 13
Kenapa rasa boring nak membaca paper lately ni?kenapa la isu sama tak habis habis lagi diperdebat n berlanjutan dalam tempoh yang lama?adakah wartawan ketandusan isu nak dibincangkan atau masyarakat kita hanya bertumpu pada kisah kisah macam ni saja?Kisah-kisah macam tu saje ke yang boleh melariskan akhbar2 ni?kadang-kadang saya tidak berapa setuju dengan isu isu yang tak patut diperbesarkan tapi diwar-warkan sehingga boleh mencetuskan perang mulut sesama rakyat..Cerita seperti kahwin cerai para artis,politik yang tidak berkesudahan,cucuk jarum sana sini..haih..sangat tidak bagus..takde yang menjana minda..taktau la pandangan orang lain kan..bagi saya..sudah sudahlah cerita macam ni..tak habis habis..
Sekarang pulak banyak kes pembuangan bayi..yang ni takpa lah kalau banyak dipaparkan..boleh memberi kesedaran tentang betapa anak anak kita pada zaman sekarang ni terdedah dengan benda-benda macam ni jika kita tak ambil tahu perkembangan mereka.Anak-anak dibawah umur keluar lewat malam tanpa pengetahuan mak pak..kalo takde apa-apa ok lah..kalo buat salah sehingga melibatkan polis macam yang berlaku lately ni??Saya teringin sangat nak bagi pendapat pasal hal ni..tapi saya simpan sajalah..tanak la penulisan saya nanti dijadikan isu pulak..hehe..saya berblog untuk suka-suka bukan untuk mencari musuh..hmmm..Agaknya apa pendekatan yang terbaik yang boleh kita buat supaya perkara-perkara macam ni tak berlaku dikalangan anak-anak kita. Kalau ditanya jawapan budak-budak yang buat kerja ni..jawapan standard dorang,mak pak tak amik kisah pasal dorang,mak pak sibuk bekerja,takde masa nak layan dorang,kawan-kawan lebih memahami...hmm..ye ke salah mak pak semata-mata?kemajuan teknologi yang disalahguna??diri sendiri??
Risau bila pikir benda-benda macam ni..nak jadi surirumah nak pantau pergerakan anak,mana boleh..masih belum mampu nak hidup dengan pendapatan seorang je..masih banyaaakkk benda yang tak dapat disempurnakan lagi...hmm..nape la aku risau pasal benda2 ni ye??padahal anak kecik lagi pun huhu..hmm tak salah kan kalo risaukan anak bangsa kita sekarang ni..saja berfikir sekiranya kita berada di pihak mak pak yang anaknya buat kesalahan macam ni..agaknya apa lah yang dorang rasa kan..harapan semoga anak-anakku dipelihara dari benda-benda negatif macam ni..Aminnn..
kalo nk diikutkan banyak lagi kerisauan dalam diri mak ni..mengalahkan PM pulak kadang kadang..huhu..macam-macam lagi la yang berlegar dalam fikiran ni..tak semuanya bole diluahkan..kalo la apa yang ada dalam otak ni boleh diluahkan macam ala-ala projektor,macam iklan susu apa tu yang imaginasi budak2 bole nampak tu kan..agaknya berlapis-lapis jadinya segala apa yang saya pikir ni..pasal negara,pasal kerja,pasal keluarga,pasal masa depan,pasal macam-macam pasal lagilah hahah..
Ape la yang aku bebel malam2 ni haaa???korang jangan pening ye..saya menaip je apa yang terlintas dalam otak sekarang ni..mungkin cerita tunggang terbalik..tapi tak kisahlah..janji terluah jugak sikit2 apa yang asyik dok fikir je nih..hmmm
Ada sesapa bole tolong??
SELAMAT HARI IBU LAGI!
Monday, May 10
Selamat Hari Jadi buat mak saya (9 Mei) dan juga selamat hari ibu untuk mak..mak sentiasa akan jadi the best mom in the world!Juga tak lupa buat mama..mama pun dah tentu ada cerita tersendiri..dan yang pasti tetap and always be supermom to your children..
Juga tak lupa buat kakak-kakakku tersayang..huiyoo memang kakak2 ku adalah da very da superbmom eva!hihi...dah macam lelaki sorang2..hehehe..
To All frens yang dah jadi mummy, Hepi mother's day to you all too...Percayalah, kita semua memang HEBAT!!!
Sik bakal jadi pengeluar utama anggur
Saturday, May 8
SIK 7 Mei - Daerah ini akan menjadi antara lokasi utama pengeluaran anggur negara apabila projek penanaman anggur di sekitar kawasan Empangan Beris dekat sini mengeluarkan hasil sepenuhnya tidak lama lagi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tanaman anggur baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite itu adalah untuk pasaran tempatan.
Beliau berkata, projek perintis fasa pertama dengan 1,000 pokok anggur yang digerakkan Excel Agrotech Sdn. Bhd. kini berjaya membuahkan hasil memberangsangkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ternas.
"Sebelum ini daerah Sik terkenal dengan produk tradisional seperti ikan pekasam dan kuih muih. Namun dengan adanya teknologi pertanian baru, kita mahu Sik juga dikenali sebagai pengeluar anggur utama negara," katanya kepada pemberita selepas melawat kerja ladang anggur itu baru-baru ini-PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA
nak baca lanjut sila baca kat Utusan Malaysia ye..
Saya ni suka berangan nak berada di ladang anggur yg buahnya manis dan besar,ladang epal ke...sambil petik sambil makan kat bawah pokok tu kan..hahah..angan-angan zaman kecik dulu la..zaman takde ditanam buah anggur dan epal kat malaysia ni lagi..dah tu takkan nak angan-angan dok bawah pokok manggis,rambutan,durian plak kan..tu kat belakang rumah pun ada..haha..
Belum lagi pernah tengok pokok anggur ni secara dekat..walopun dah ada kat Perlis sebelum ni tapi tak penah sampai pun nak pi tengok..hmm..nampaknya pasni balik kampung boleh la pi tengok pokok anggur kat sana..Empangan Beris tu dekat gak la ngan rumah..harap2 pi tengok tu nanti memang ada buah la kan..kalo ada self pick ke cam strawberry kat Cameron Highland tu lagi best..wahhh...berangan sudah..
Korang ada ke yang berangan cam mak ni?haha mesti korang punya angan-angan tu lagi dasat dari mak ni kan..nak menakluki dunia ke,nak jelajah Eropah ke,nak ada BMW ke kan..hehe..biar angan-angan kecik ni jalan dulu lah..baru bole pikir yang lagi besar-besar..bukan takde..banyakkkkkk...cuma satu satu la kan..sekali harung macam la bole kan..
Ku mendapat award lagi..
Friday, May 7
TENSIIII!!!
Thursday, May 6
SAYA TAK SUKA KEADAAN MACAM NIIIII!!!
Award Award!
Wednesday, May 5
Saya belajar sesuatu hari ni..
Monday, May 3
Harapan saya, agar mereka-mereka ini akan mendapat apa yang dihajati..semoga Allah memberkati dan merahmati mereka..aminnn...
***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino