Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Berita-Laluan rahsia pecah rumah

Wednesday, March 25

BANGI: Sekumpulan geng pecah rumah di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota di sini, dikesan menggunakan satu saluran longkang sebagai laluan rahsia selain menyamar sebagai pembaca meter elektrik sebelum menyamun lokasi rumah yang dikenal pasti.Penemuan laluan itu dikesan selepas seorang daripada geng terbabit ditahan penduduk sebelum dia menunjukkan laluan ‘ajaib’ yang digunakan itu, baru-baru ini.Laluan berkenaan yang juga saluran longkang digunakan sebagai jalan pintas dan menyembunyikan diri jika perbuatan mereka dapat dihidu penduduk.Turut ditemui dalam longkang itu seutas tali panjang yang diikat pada satu tangga dipercayai digunakan untuk memudahkan mereka menurunkan barang yang dicuri selepas memecah masuk rumah penduduk.


Selain itu, geng terbabit turut menggunakan taktik menyamar sebagai pembaca meter elektrik pada waktu siang bagi memastikan rumah yang menjadi sasaran mereka tidak berpenghuni.
Ada beberapa penghuni pernah terserempak dengan geng terbabit yang menyamar sebagai pembaca meter elektrik dan apabila diminta menunjukkan kad kuasa atau apa-apa bukti, mereka terus melarikan diri.


Menurut seorang penduduk, Mohd Ghazali Mustaffa, 41, kawasan sekitar Bandar Bukit Mahkota itu memang kerap dijadikan sasaran penjenayah terutamaa pecah rumah dan samun.“Penduduk mengambil inisiatif berkawal pada waktu malam bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.“Kami sudah beberapa kali menahan kumpulan penjenayah ketika melakukan rondaan, tetapi ada kalanya mereka yang dikejar menghilangkan diri.“Akhirnya rahsia mereka ini terbongkar apabila seorang daripada geng itu yang ditahan menunjukkan tempat persembunyian yang digunakan iaitu di longkang besar yang siap disediakan tangga untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan,” katanya. Katanya, kawasan perumahan ini juga tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan ia memudahkan lagi kerja penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Malah, selain penjenayah melakukan samun, ada juga segelintir pasangan kekasih menjadi lokasi itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.“Beberapa lokasi antaranya pencawang TNB yang kosong dan terbiar dipecah masuk dan digunakan golongan terbabit untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral,” katanya.Berikutan itu, penduduk terpaksa ‘berjaga’ dan melakukan rondaan hampir setiap malam bagi memastikan kawasan mereka selamat.

hmm...hope dijauhkan la dari semua2 ni..nape makin berleluasa pecah rumah/samun/ragut/rompak/rogol+bunuh ni ye..pendapat saya rasanya sebab keadaan ekonomi semasa..satu lagi yang byk buat benda2 ni pendatang indon ni..hmm nape dtg negara org buat keje2 camni?saya sgt risau bila baca pasal perempuan2 yang kena rogol n bunuh,smlm yang baca nasib baik dia selamat lepas tendang anu jantan berkenaan..why aaa??ada yang bukan motif rompak/samun pun..just nk puaskan nafsu..menakutkan but that is the fact rasanya..smlm baca yang kena gantung lepas rogol n bunuh tu lagi sedih..dgn tiket bas lagi..adakah diorang naik bas skali..n lepas turun bas budak tu dibawa ke semak utk dirogol n bunuh?na'uzubillah..naik bas pun dh tak selamat gak ke??so buat semua girls,mak org pun termasuk gak le..hati2 walo kat mana pun korang berada..nak2 yang drive sengsorang ni..termasuk ingatan untuk diri sdiri la ni

5 sweet thoughts:

alinx said...

huhuhu... scary siot... tu kwsn rumah adik aku tu...
semoga kita semua dijauhkan dr perkara² begini... amiin...

kirana said...

news kat mana ni?
aku nk tny kwn ..dia mmg dok BM.

genny da bomb said...

alinx-tu lah..mcm2 cara skang ni org nk dapat duit/barang dgn cara mudah..bunuh2 mcm bunuh binatang je

ana-new kat dalam metro

atty's said...

uit..bahayannya.skrg...

salam perkenalan..drr kty

AbahNuqman said...

bawak pepper spray yang...risau gak dekat ngan umah kita...dah kena serbu kat bukit mahkota kang di aimnya bangi lak.. nak tambah alarm kopak plak duit hehehe

Related Posts with Thumbnails

***Me nye stories..life is a journey*** Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino